Isnin, 29 Jun 2009

ASTIKA 2009

Kertas Kerja Program
ASTIKA
( Anak Soleh TItian Ke SyurgA )
Anjuran :
SMK TANJUNG ADANG
Dengan kerjasama :
UNIT PEMBANGUNAN ASNAF, MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR
&
PIBG, SMK TANJUNG ADANG


Pendahuluan
Penghayatan agama amat penting dalam kehidupan seseorang muslim , lebih – lebih lagi perkara yang berkaitan dengan solat. Solat merupakan tiang agama dan menjadi amalan pertama yang akan dihisab oleh Allah s.w.t pada hari akhirat kelak. Justeru, solat menjadi perkara pokok dalam kehidupan diri seseorang muslim lebih – lebih sebagai seorang remaja.
Bertitik tolak dari kesedaran bahawa solat merupakan antara tiang – tiang agama yang perlu dipertahankan, dijaga dan disemai sejak dari awal usia, maka SMK Tanjung dengan kerjasama Persatuan Ibu – Bapa dan Guru ( PIBG ) berganding bahu dalam merealisasikan program ASTIKA.

Apa itu ASTIKA ?
ASTIKA ialah singkatan bagi “ Anak Soleh Titian Ke Syurga ”. Secara umumnya, program ini merupakan program pengisian kerohanian seperti pemantapan solat & wuduk , hafazan ayat – ayat lazim, ceramah dan kuliah agama, tasmik bacaan – bacaan dalam solat, zikir selepas solat dan qiamullail.

Objektif Program ASTIKA
Pelajar dapat memahami dan menghayati konsep ibadah solat terutamanya solat wajib sebagai tiang agama Islam.
Pelajar dapat memahami dan menyedari bahawa meninggalkan solat merupakan satu dosa.
Pelajar dapat mengetahui dan memantapkan lagi cara – cara berwuduk dan cara bersolat dengan betul.
Pelajar dapat menjadikan Islam sebagai satu cara hidup.

Pelaksanaan Program ASTIKA :
Tarikh : 3hb & 4hb Julai 2009
Hari : Jumaat & Sabtu
Masa : Pendaftaran bermula jam 4.00 petang di kantin sekolah.
Tempat : Dewan Bawah = Penginapan Lelaki
Dewan Atas = Ceramah , Solat, Kuliah, LDK.
Surau = Penginapan Perempuan

Kumpulan sasaran / Peserta:
1. Pelajar Tingkatan 3 = 69 orang
2. Ibu – bapa @ AJK PIBG = 13 orang
3. Guru Urusetia & Fasilitator = 18 orang
JUMLAH KESELURUHAN = 100 orang


Kos Perbelanjaan :
Makan & minum peserta, ibu – bapa dan guru = RM 2050.00*
Saguhati penceramah ( RM 125.00 X 2 orang ) = RM 250.00
Persiapan & Rencam = RM 50.00
Banner = RM 100.00
Backdrop Pentas = RM 100.00

JUMLAH KESELURUHAN = RM 2550.00


*Perincian Kos Makan & Minum :
Bil
Keterangan
Jumlah
1
Makan Malam Hari Pertama ( RM4 X 100 org )
RM 400.00
2
Minum Malam Bersama Ibu – Bapa ( RM3 X 150 org )
RM 450.00
3
Sarapan Hari Kedua ( RM3 X 100 org )
RM 300.00
4
Minum Pagi Selepas LDK ( RM2 X 100 org )
RM 200.00
5
Makan Tengahari Selepas Ceramah ( RM4 X 100 org )
RM 400.00
6
Minum Petang Majlis Penutup ( RM3 X 100 org )
RM 300.00
JUMLAH KESELURUHAN
RM 2050.00

Tentatif Program
Jumaat ( 3hb Julai 2009 )
3.30 ptg : Pendaftaran peserta
4.00 ptg : Taklimat program & Taklimat Keselamatan
4.30 ptg : Solat Asar Berjemaah
5.15 ptg : Berkemas & Khidmat diri
6.00 ptg : Ice Breaking
BERSAMA IBU – BAPA
( KEHADIRAN WAJIB )7.20 mlm : Solat Maghrib Berjemaah & Wirid selepas solat
7.40 mlm : Solat Hajat, Yasin , Tahlil dan Doa Selamat
8.30 mlm : Solat Isyak Berjemaah & Wirid selepas solat
9.00 mlm :
Slot 1 : Majlis Perasmian Program ASTIKA bersama MAINJ
Slot 2 : Ceramah Agama 1 : “ Solat Pemangkin Akhlak Terpuji ”
Oleh Ustaz Haji Mohd Halid bin Kasrin
( Penggerak Masjid & Surau , DUN Skudai )
10.30 mlm : Minum malam
11.00 mlm : Slot muhasabah & tidur.

Sabtu ( 4hb Julai 2009 )

4.45 pg : Qiamullail
5.30 pg : Solat Subuh Berjemaah & Wirid selepas solat
6.15 pg : Kuliah Subuh Multimedia : “ Zikrullah; Pengubat Hati ”.
Oleh : Ustaz Zin Akmal bin Mohd Halid
7.00 pg : Riadah
7.30 pg : Sarapan pagi & Khidmat diri
8.00 pg : LDK ( PEMANTAPAN SOLAT )
10.30 pg : Minum pagi & Solat Dhuha
11.00 pg : Ceramah Agama 2 : “ Anak Soleh Titian ke Syurga ”.
Oleh : Ustaz Mohd Rifqi bin Maidin
( Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti )
1.00 tghr : Makan Tengahari & Rehat
1.30 tghr : Solat Zohor Berjemaah & Wirid selepas Solat
2.00 ptg : LDK 2 ( PINTAS GEMILANG PMR PENDIDIKAN ISLAM )
3.30 ptg : Khidmat Masyarakat.
5.00 ptg : Solat Asar, Majlis Penutup ( Bersama PIBG ), minum petang, berkemas dan pulang ke rumah masing – masing .







Pengisian Program :

Solat :
- Dilaksanakan secara berjemaah pada setiap waktu.
- Solat Qabliah dan Ba’diah juga diajar dan diasuh kepada peserta.
- Wuduk peserta akan dibimbing dan dimantapkan.

Ceramah Agama :
- Mempunyai dua kali ceramah agama dan sekali kuliah subuh.
- Ceramah agama 1 adalah ceramah bersama ibu – bapa . Ibu – bapa diwajibkan hadir pada malam tersebut. Minum malam juga akan disediakan. Bagi ibu – bapa yang ingin turut serta berqiamullail, amat dialu – alukan .
- Ceramah agama 2 adalah pengisian khusus untuk para peserta. Diharapkan ceramah ini akan dapat memberi kesedaran kepada para peserta tentang keperibadian anak soleh yang menjadi penyejuk mata ibu – bapa.
- Kuliah Subuh Multimedia :Memberi penekanan kepada kepentingan menghidupkan amalan berzikir dalam diri remaja Muslim dan akibat meninggalkan amalan berzikir.
- Peserta akan dibimbing untuk menguasai zikir munajat dan zikir – zikir yang berkaitan.

Qiamullail :
- Antara solat – solat yang akan dilaksanakan ialah ; Solat Tahajjud ( 4 Rakaat, 2 salam ) , Solat Taubat ( 4 rakaat , 2 salam ) Solat Hajat Khusus Mohon Kecemerlangan Pelajaran ( 4 Rakaat, 2 salam ), Solat Tasbih ( 2 rakaat ) dan Solat Witir ( 3 rakaat, 2 salam ).
- Masa yang diambil dianggarkan sekitar 45 minit.

LDK ( latihan Dinamika Kumpulan ) :
- Merupakan latihan pemantapan bacaan – bacaan dalam solat beserta doa – doa ma’thur.
- Bagi kumpulan yang sudah menguasai bacaan solat, slot hafazan ayat – ayat lazim akan diisi untuk peserta.
- LDK kedua merupakan pengisian Program Pintas Gemilang PMR Pendidikan Islam.
- Kaedah Pengendalian : Person – Centered Approach ( Pendekatan Berpusatkan Pelajar ).

Aktiviti Anak Soleh :
- Merupakan aktiviti pengukuhan untuk dua slot ceramah dan kuliah yang diadakan. Aktiviti yang akan dijalankan berbentuk kuiz bertulis.
- Dikendalikan oleh Fasilitator LDK.

Khidmat Masyarakat :
- Aktiviti mengecat semula rehal – rehal Al – Quran yang ada di surau , yang mengandungi contengan – contengan dan mengemaskini Al – Quran lama yang koyak – koyak dan helaian – helaian yang tercerai untuk diasingkan dan dimusnahkan mengikut cara yang disyariatkan.
- Bajet cat adalah di bawah peruntukan Khidmat Masyarakat Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga.
- Dikendalikan oleh Guru Matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga.

Penutup
Diharap program ini menjadi titik tolak kesedaran beragama di dalam diri para peserta, seterusnya menyedari, menginsafi kepentingan solat dan mengamalkan gaya hidup Islam dalam kehidupan seharian. Mudah – mudahan anak – anak yang menjaga solatnya akan cemerlang di dunia dan akhirat.

Disediakan oleh,
...................................... ..................................
( ZIN AKMAL BIN MOHD HALID )